Saturday, 24 December 2011

Bercuti

Semalam aku keluar dgn ex aku...

Rosyam Rezza....

Dia putih sikit skrg...

Handsome la jgk..

Sembahyang pun xtingal...

Keluar dgn dia..

Dia solat 5 waktu...

Bagus2...

Tapi dia dengan kawan2 dia yang lain....

Aku just pemandu pelancong...

Noorhisam??

Dia tahu...

Aku dah bgtahu dia...

Tapi dia mcm biasa la...

Xde perasaan...

Bg jeh aku keluar...

Biar dgn ex pun...

Tapi aku respect la rosye...

Baik...

Bila aku balik...

Noorhisam mcm biasa..

Bg ceramah agama kat aku...

Pasal ego dan marah....

Aku dgr jelah...

Tiba2 suami aku 2 bersuara....

Lepas nie...

B xnak syg berkawan dan keluar dgn ex syg n lelaki2 yg menaruh perasaan kat syg...

Uihhh....

Ade kah ini satu arahan???

Tak pernah hisam halang aku nk buat pape...

Eh,tipu...

Ade..... Hisam xbg aku men futsal...

Katanya... men futsal kangkang2...xelok untuk perempuan...

Tapi aku g main jgk...

hahahaha

tapi hisam 2...

Kalau aku xikut cakap dia..

Xada dia nk memberontak...

Dia diam jeh...

Mcm biasa la..

DIAM jeh hisam 2...

Tapi pasal ex nie...

Ade baiknyer dia halang....

Kecian dia.....

Dia baik sangat...

Aku xpatut pijak kepala dia...

Ok la...

Aku ikut cakap dia..

Xnak aku berkawan dengan ex aku..

Sayang hisam...

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!

Saturday, 17 December 2011

Cinta

Jika kamu mencintai kerana dia pandai itu bkn cinta, tetapi kagum...Jika kamu mencintai kerana dia cantik/hensem itu bkn cinta, tetapi nafsu...Jika kamu mencintai kerana takut dia sakit hati itu bkn cinta,tetapi kasihan...Jika kamu mencintai kerana dia baik itu bkn cinta, tetapi terpaksa...Jika kamu mencintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya,itulah cinta yang sesungguhnya...♥


Aku terbaca entry nie...mcm xlogik jeh..


Aku xpernah menyintai sesiapa tnpa sebab...


Kalau berdasarkan entry nie...


Kita cipta satu situasi.....


Aku berjalan2 di yellow town...


Dan aku terpandang plastik man(org gila kat kg aku)


Kemudian aku jatuh cinta padanya...


Tanpa sebab.....


Adakah ini cinta sesungguhnya??


Aku jatuh cinta dengan plastik man.....


Xlogik la....


Seseorang 2 mesti mencintai org kerana bersebab..


Contohnya............


Seperti Noorhisam


Aku suka dia sbb dia pandai n kemungkinan ade peluang hidup yg cerah


Dia menjamin aku jika menjadi isteri nya akan datang...


Aku mula mencintai dirinya sikit2 dn perlahan2


Aku xkan dpt syg ssorg 2 tnpa sbb kenapa aku syg dia...


Xlogik2 menda atas2...
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!

Sunday, 4 December 2011

Aku mula menyedari Takdir allah...

Aku mula sedar kenapa aku xditakdirkan  untuk berkahwin awal..

Aku sorg pemarah dan sangat tidak sabar...

Setiap kali aku gaduh dan pwe aku xnak mengalah...

Kata2 putus keluar dari mulut aku...

Yup..aku ego...

Aku memang ego...

Malang bg sesiapa yg memiliki aku..

Aku pentingkan diri...

Aku kuat merungut...

Aku xmatang...

Aku selfish...

Tetapi semua peragai 2 just keluar masa aku dengan pwe aku...

Dengan kawan2 tidak pula aku begitu...

Cuba bayangkan kalau aku kawin..

Mesti sering kali aku minta cerai dengan suamiku...

Tahankah dia?

Tidak tercabarkah kelakian dia?

Aku hanya serasi dengan lelaki yang sabar dengan kerenah aku...

Lelaki yang langsung xada sebesar kuman pun perasaan ego..

Kecian NOORHISAM dpt aweq mcm aku...

Sangat lah sabar lelaki itu....

Kadang2 aku pelik...

Kenapa dia msh mampu bersabar dengan perempuan perangai dahsyat mcm aku..

Dia mengikuti setiap arahan aku.

Jika tidak...

Maka bencana lah yang menimpa dia...

Sekarang aku mula sedar...

Boleh kah aku berubah??

Aku cuba untuk berubah..

Hanya berhasil 2 atau 3 hari...

Lepas 2...

Aku bertukar jadi singa balik...

I just want u to know that I love u NOORHISAM MOHIDIN
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!

Sunday, 27 November 2011

RAHSIA DISEBALIK HARI WANITA DILAHIRKAN (KITAB TAJUL MULUK)

ISNIN 
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik,berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti 
dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara lainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA 

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan.
Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU 

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran
terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal
kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS

 Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT 

Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU 

Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD 

Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain. 
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!

Saturday, 26 November 2011

Saya nak kawin!!!!!!!

Bile kita dh mula mencintai ia seseorg seikhlas hati... Mst rase nk sehidup semati dgn dia....Mcm 2 lah ppom...

Aku ade tagged...aku seronok jgk men tagged 2....Ramai org suke hantar chat... tp kalau yg gatal2 mmg aku blog terus..... Dan identiti aku ditagged ade lah married but still studying... Ramai jgk percaya aku dh kawen.... seronok...................hahahhahaha...

entah pape jeh aku tulis nie
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!

Wednesday, 19 October 2011

RAGAM BERCINTA



♥ kalau bercinta, jangan berkepit macam belangkas, hantar surat ...berbelas-belas, SMS berbalas-balas, masa dating sebelah tandas, berpeluk-peluk dalam bas, asyik menjeling dalam kelas, minum air perghh kongsi segelas...

bila ada konflik , haa mula la nak frust, nak tunai solat pun malas, tak dapat tumpu study dalam kelas, waktu result nak keluar tahu pulak cemas, takut exam tak pass, tup tup awek sendiri kena kebas, kesian.. melepas !



♥ kepada yang masih SINGLE,
cinta ibarat kupu-kupu, makin dikejar, makin dihindar. tapi,bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak terduga. cinta mampu membahagiakanmu, tetapi sering pula ia menyakiti. cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerimanya.

♥ kepada PLAYBOY/PLAYGIRL,
jangan katakan 'AKU CINTA PADAMU' bila kau tidak benar-benar peduli. jangan bicarakan soal cinta bila itu tidak benar-benar ada. jangan sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat untuk mempermainkannya. jangan menatap ke dalam mata seseorang bila kau lakukan untuk pembohongan. hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tak berniat langsung untuk MENERIMANYA saat ia terjatuh.

♥ kepada yang PATAH HATI,
bertahan selama kau menginginkannya akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

♥ kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI,
hal yang menyedihkan dalam hidup ialah apabila kau bertemu seseorang, lalu jatuh cinta.akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodoh dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk orang yang tidak layak. kalau sekarang dia tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tidak akan layak.
biarkan dia pergi, dan lupakan.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!

Monday, 3 October 2011

Jangan sesekali kamu


Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.
Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.
Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...
Namun..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA..


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!

Thursday, 29 September 2011

Monday, 26 September 2011

Kami berpisah...

Hari nie aku hari pertama aku xkontek hisam...

Dah petang nie...

Tp xrase pape lg...

Malam kang xtahu r...

Rindu smpai xley tdur plop mcm semalam...

Kuang2...

Hisam buah hati belum halal ku...

Semoga awk setia menanti sy k...

Seminggu jeh...

Kita focus kepada matlamat hidup kita..

Awk jd engineer yg berjaya...

IR NoorHisam

Sy pensyarah yg meletop..

Dr siti rahayu

cehzz...berangan dah...

Hati sy dah block untk lelaki sejati len..

Syg awk sgt2 aw...
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!

Sunday, 25 September 2011

Dear mother


After having reached at the peak of his career a man felt an urge to repay back to his mother for all that she had done for him. So he asked her, “Mother, what can I give you? What can I do for you? I sincerely want to repay you for all the sacrifices you have made for me and for all the love you have showered upon me.”
Mother looked surprised and said, “Why do you think about it. It was my duty so I did it, you don’t have to repay me. Even if you want to, there is no way a man can ever repay his mother.”
 Despite her continuous refusal to ask for anything, he continued to persist. To put an end to the discussion, she said, “All right. If you must, then tonight you sleep on my bed, with me, just as you used to when you were a baby.” He said, “That’s a strange thing to ask for, but if it pleases you, I will.”
 As soon as he fell asleep, the mother got up and brought a bucket of water. She poured a mug full of water on his side. Feeling disturbed by the wetness under him, in his sleep he moved away to the other side of the bed. As he settled down, his mother poured another mug of water on the other side. In his slumber he tried to find space towards the foot post of the bed. Sometime later he woke up feeling that this part of the bed too was damp. He got up and saw his mother, with the mug in her hand.
He asked angrily, “What are you doing mother? Why don’t you let me sleep? How do you expect me to sleep on a wet bed?”
 Mother said, “I slept with you, when you wetted the bed in the night. I changed your nappy and moved you to the dry part of the bed, while I slept on the wet side. You wanted to repay me. Can you sleep here even for one night with me on a damp bed? If you can, I’ll take it that you have repaid me.”
 Moral: How true it is that of all the debts in the world, the one that can never be repaid is the one you owe to our mother. We can never repay the love, care and time our mother gave to bring us up. We are a part of her flesh and blood, we should don’t forget this, because she never ever forgets it. I know you are thinking of missing your mother at this very moment….Give her a hug and tell her you love her, if you far call her, if she is not with you anymore keep her in your dua’s…
“There is nothing as beautiful as our mother in this world”

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!

Cerita untuk tatapan anak2

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!

Saturday, 24 September 2011

The 3g

Aku benci tgk post gedik2 ko 2...

Myampah aku...

Ko nak tergedik2 ngn jantan...

Jangan kat group 2 ok...

Lelaki ko dah meluat tgk post2 ko...

Hahhahahhahahahahaha(ketawa setan)
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!

Wednesday, 21 September 2011

Mencaci maki perempuan kerek..

Aku nie ade  sorg kawan lelaki yg aku kenal sejak kecil lg..

Time sek rendah aku kenal dia..

Namanyer Mohd hidayat..

Ktorg memang rapatlah..

But dayat nie little bit player lah...

Tukar2 awek...

Then ade jgk awek dia yg tergedik2 2 nak jeles dgn aku...

What the hell?

Aku kontek pwe ko 3 kali jeh kot setahun...

Time raya...

Time cuti panjang...

Jumpa pwe ko 2 pun time pwe ko 2 ada masalah..

Nk luah kat aku...

Menyampah dgn ppom yg mengada2 terlebih2 mcm ko nie...

Aku kwan dgn pwe ko 2 dri kecik lg...

Xdelah kaitan dgn hati n perasaan...

Xde bersayang2 pun ngn pwe ko 2..

Aku xkapel dgn kawan...

Geli...

Xde feel.....

Sibuk nk jeles2 lak....

Menyampah aku ~

Blahhh lah ko ppom... auewwww!!!!!!!!!
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!

Sunday, 18 September 2011

Peneman yg setia ku..

Pagi(baru celek mata)-hisam

Tengahhari-hisam

Petang-hisam

Malam-hisam

Tengah malam(nk tidur)-hisam

Stiap mase dgn hisam...

Hp ku nyawa ku...

Kenapa??

Sbb hisam aku ade dalam 2... Hahaha...

Bila nak stop dgn hisam nie..

24 jam dgn hisam jeh...

Mcm mane nak stop ek??

Eh2...

Aku mane ade teman lain selain hisam..

Kawan2 kelas mse kelas jelah...

Pa'in n Mizah...

Dorg sgt baik hati...

Pernah ajak aku keluar makan malam sekali..

Buat homework sekali

Best sgt2... hehehehe

Roomate???

Oklah.. Ade persamaan..(kuat kentut)..hehe

Tp dia ade bf disini...

Jd spending time ngn bf dialah

Most of the time....

Semoga mereka dijodohkan bersama!oink..oink...

Berbalik kepada hisam...

Kalau kontek selalu nanti cepat bosankan?

Perbualan aku dgn hisam pada satu malam...

Aku- B syg nak cri pwe len kat sini boleh? (soalan minx penampar)

Hisam- Diam... Kenak syg?? versi sarawak trnslate semenanjung (kenapa syg?)

Aku- Bosanlah... Org len semua ade pwe kat sini..( xreti bersyukur)

Hisam- B pun bosan jgk.. Tp b cukup syg sorg.. Xnak yg len dah.. Syg fikir sendirilah.. B xtahu nak cakap ape..

Aku- dlm hati [kenapa xmrah nie...xjeles ke aku ckp nk cri len...?benci lah...] Hobi aku bt pwe sakit hati n jeles...aku gembira bile dia sakit hati.. Nampak skit dia syg aku kan... Pwe aku nie mmg slow... Xsuka marah.. Aku suka gduh2...bestlah gaduh... Ade warna skit dlam hbgn 2.. Dia mmg pasiflah...

Mcm mane nak kurang kontek dgn hisam ek??

Ade tips  x??

Aku mcm memerlukan dia tiap masa jeh...

Aku xde pape nk buat...

Jd aku ngn hisam jeh...

Lipat baju pun dgn hisam...

Basuh baju dgn hisam..

Pergi tandas malam2 dgn hisam..

Jalan nak g kelas dgn hisam..

Nk pergi makan pun dgn hisam...

Jgn pikir bukan2..

Hisam teman dalam tepon jeh..

Jasadnyer aku sorg jeh...

Hisam just di alam maya..

Hisam mcm my everythng jeh kat sini..

Hisam...hisam....hisam n hisam again....

Kalau hisam xde mcm mane??

Xbermaknalah setiap detik hidup aku lepas nie...

Kena cri hisam yg bru lah...

HAhahahaha...

Nak pwe dekat...

Pwe jauh xbest lngsng....

Asyik dpt pwe jauh jeh..

Benci tol!!!!!
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!

Menyusuri Hari-Hari ku All Alone

Sejak 5.9.

Aku mula keseorangan...

Di tingalkan keluarga untuk berjihad keseorangan..

Aku mula terkontang-kanting keseorangan di bumi org ini..

Pada saat keluarga ku melambaikan tangan meningalkan aku..

Aku menangis tercebek2...hahaha...malu jeh...

Tp sedih sgt...

Ma n Ayah..

Aku janji...

Aku akn jadi seorg anak yg akn membanggakan mereka..

Demi cinta n kasih syg aku pd mereka..

Bermulalah minggu siswa lestari..

Aku menderita berpenyakit kayap ni...

Bnyk giler cabaran...

I miss my family..

I hope they r here with me..

Crying a lot in these whole week...

Keseorangan tnpa kawan..

Tanpa cikgu2 yg baik hati...

Yg menyuap aku nota2...jadual waktu n latihan yg melambak2...

Roomate aku agk bz hari2nyer....

Aku enjoy dlm bilik sorg2..

Mcm kat rumah jgk..

Terperap dalam bilik sorg2...

Bak kata ma...

Dengan dunia dia jeh... Terperap dalam bilik... Hal2 len xamik tahu.. Xberkembang... Dgn internet jeh... (my mum mummling)

Mum I miss u each my heartbeat here..

I miss ur mummling...

Although kdng2 serabut jgk....(hehehe)

Jika diberi 100 Juta mak dalam dunia nie...

My mum still the best among the best...

I love ur hug...

I miss ur hug..

I miss 2 cry in ur hug...

I miss to yank out ur uban...

I miss to massage ur leg n body...

Xada kata2 yg mampu mengambarkan rase rindu yg membara dalm hati nie kat ma...

I love u more than everything...
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!

Sunday, 28 August 2011

Rahsia Anak

Anak Sulung


Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

 

  • anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
  • sering berjaya dalam hidup.
  • lebih pandai mengambil hati orang tua.
  • mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.
Anak Tengah

Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
 

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah : 


  • lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
  • lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
  • suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
  • sering merasakan diri mereka terpinggir.
  • terlalu mengalah.
Anak Bongsu

Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
 


  • happy go-lucky dan yakin diri.
  • manja.
  • berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
  • sukar membuat keputusan sendiri.
Anak Tunggal

Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
 


  • sering merasakan diri mereka kesunyian.
  • lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
  • lebih bijak bergaul.
  • lebih cepat matang.
  • terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
  • sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!

Friday, 19 August 2011

Mengapa hadirnya hisam?

Siapakah hisam?

Mengapa dia hadir dalam hidup aku...

Hisam 2 mungkin seorg jejaka yg telah berjaya menawan hati aku...

Syg ke aku kat dia?.

Tak tahu nak cakap lar..

Tetapi kalau xdengar suara dia 1 hari...

Aku mula rase serba xkena...

I miss him! 
2 lah reason aku rase serba  xkena tnpa dia..

Setiap malam aku xkan dapat tidur lena kalau xwebcam dgn dia..

Aku xkesah dia nak kontek dgn ppom padahal dalam hati aku cemburu bila tgk ppom hntar msg kat fb dia..

Aku xlayan lelaki lain bila sejak aku jadi miliknya.. Dia sorg dah mencukupi..


Pd mulanya dia agak garang..
Suka gak marah bila aku bt silap  or aku merajuk..
Tp aku xmelenting pun... Aku sabar jeh..
Kalau ngn bf sblom nie jgn harap aku nak sabar.. Biar aku yg salah pun.. Xkan mengalah..

Hisam sempoi... Aku suka berguarau n jadi dri aku bila bersama dia..

Bersama dia buat aku sentiasa bahagia..

SOoo??

Syg x aku kat dia??

Jawapan nyer: syg lar...

Sampai bila jeh nak couple dgn dia nie??

Sampai aku jumpa org yg sama mcam dia.. Tp duduk dekat dgn aku..
Aku xrasa aku kekal pun dgn dia..

Kenapa cakap mcm 2?

Sbb dia sgt jauh lolll!!!!
Aku xsuka kapel jauh..
Kalau boleh aku nak couple dgn jiran tepi rumah aku nie jeh..

Apa buat ko suka sgt dekat hisam?? Duit ke??

Hahaha..
xde r... Hisam xkaya n sgt kedekut..
Tp dia sgt independent... Kerja part time siang n malam kut..
Buat 2 kerja nak crinya duit..
Aku respect dia dri hujung kaki smpai hujung rambut.

Satu lagi sbb dia bdk pandai..
hehehehe..

Bachelor CIVIL ENGINERING..

Susah nak dapat nie...

Jage2.. 
Jangan biar telepas... 
Hahahaha

bnyk lar ko punya jage..
Td bru ko lepas marah kat hisam kaw2..
Nak marah org len..
Tp lepas kat hisam..
Kecian hisam..
Keluar sekejap pun kena marah..
Sori syg..
Tp xmo pujuk sbb syg EGO..
hehehehehehe




TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!

Sunday, 14 August 2011

Gua tercantik di dunia


Gua tercantik di dunia




Terletak di tepi laut, mempunyai batuan yang licin dan beralun di bahagian atas gua, manakala air laut yang hijau kebiruan di bawahnya menjadikan gua yang diberi nama Cathedral Marble, Chile ini antara yang tercantik di dunia.



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!

Bayi malang panjang umur



Siapa yang sangka, seorang bayi pramatang yang dibuang ibunya ke dalam lubang selama lebih 24 jam telah diselamat dan masih hidup!. Sesungguhnya ajal maut itu di tangan tuhan. Mujur lah ianya ditemui sebelum dijadikan makanan oleh binatang buas.












TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!

Tuesday, 9 August 2011

Kisah membuang kucing..

Pada satu sahur yg gembira...

Dua ekor kucing kecik telah masuk ke dalam rumah..

Ma: eh masuk plop kucing nie... xleh nak buka pintu..masuk sokmo.. Ayu mu g buang kucing nie...

Ayu: tersedak ngh minum air tea mase 2.. Susah nak tngkap kucing 2..  Xleh nak buang ar..

Ma: 2 dye dah masuk dalam rumah 2... Tangkap lalu... Buang lalu...

Lalu aku pun terus menangkap kucing 2..

Ma: g buang kat mana awk buang mak dye..

Aku pon ( berfikir)...... 

Eh, ari2 aku buang mak dye kat kubur...

Nie kul 5 pagi xkan nak g buang kat kubur..

Takot ar..

Aku terus belari menuju ke arah kakak aku hani..

Ayu: mu tahu dop org buang mana kucing ari2..

Hanie: kat mana?

Ayu: kat kubur.. ma suh mu teman org g buang..

Hanie: takoot ar org g kubur time gnie...xboh teman mu..

Bayangkan aku ke kawasan kubur pada pukul 5 pagi...


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!

Monday, 8 August 2011

Xmo buat post jiwang dah...

Mulakan versi blog yg baru..

Blog cerita seram!!!

Hahaha...

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!

Sunday, 7 August 2011

Aku temui jawapan!

Dia bukan pilihan hati aku...

Setiap kali aku mencintai seseorang...

Aku ade point2 or ciri2 pilihan aku yg buat aku syg dye....

Tp ape yg aku cari xde dalam dri dye...

Jadi hati aku bukan medan -ve untuk didiami cinta +venya..

Aku medan +ve dye pon +ve...

Xde penarikan...

Yg ade cuma penolakan..

Conversation antara aku n Muiz pada 1 malam...

Muiz: Doh bakpe mu kenang ke dia?

Ayu: Sbb nana suh aku terima dia...Aku terima ar... Nana mmg big influence bg aku..

Muiz: Pulok dos..Molep ngat la.. Patot pon...klu bkn plihan ati mu..baek mu tohok je jaoh...ahahxz

Ayu: Aku temui jawapan... Dia bukan pilihan hati aku... Jd buat ape aku teruskan... Let's it over!

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!

Bagai terlepas satu bebanan

Aku berfikir..

Aku mencari...

Aku mengenal pasti...

Aku xmo mengulangi kesilapan yg lalu..

Aku xfikir sewajarnya mse buat keputusan mse lalu..

Aku fikir aku mampu...

Namun aku gagal..

Aku cuba...

Mencuba dan terus mencuba...

Tapi jalan buntu yg aku temui..

Apa lagi yg mampu aku buat?

Aku memaksa diriku...

Tapi ia xkan datang secara paksa...

Dye pergi semakin jauh bila aku semakin memaksa...

Aku sentiasa membuat pilihan yg salah...

sentiasa memilih yg salah...

Tanpa fikir baik buruknya...

Apakah pilihan terbaik?
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!

Friday, 5 August 2011

I dont love u!( first poem make by myself)

I dont love u!
I have never love u.
I have pretending like I love you.
I hate myself to be rude.
hate myself for so dumb, idiot, stupid girl

I hate myself for the manner-less things that i've done
hate myself because i'm loved by none.
Hate me if you want
Hate me if you might
Hate me for ignoring you

Hate me for walking away
I dont love u..
That true..
I hope u understand!
Forgive me please.
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!

Saturday, 30 July 2011

Talking To The Moon Lyrics



Talking To The Moon Lyrics

I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have

Chorus:

At night when the stars
light up my room
I sit by myself

Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I'm feeling like I'm famous
The talk of the town
They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad
But they don't know
what I know

Cause when the
sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back

Chorus:
http://www.elyricsworld.com/talking_to_the_moon_lyrics_bruno_mars.html

At night when the stars
light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

Ahh Ahh,
Ahh Ahh,

Do you ever hear me calling?
Cause every night 
I'm talking to the moon
Still trying to get to you

In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I know you're somewhere out there
Somewhere far away

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!