Wednesday, 19 October 2011

RAGAM BERCINTA



♥ kalau bercinta, jangan berkepit macam belangkas, hantar surat ...berbelas-belas, SMS berbalas-balas, masa dating sebelah tandas, berpeluk-peluk dalam bas, asyik menjeling dalam kelas, minum air perghh kongsi segelas...

bila ada konflik , haa mula la nak frust, nak tunai solat pun malas, tak dapat tumpu study dalam kelas, waktu result nak keluar tahu pulak cemas, takut exam tak pass, tup tup awek sendiri kena kebas, kesian.. melepas !



♥ kepada yang masih SINGLE,
cinta ibarat kupu-kupu, makin dikejar, makin dihindar. tapi,bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak terduga. cinta mampu membahagiakanmu, tetapi sering pula ia menyakiti. cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerimanya.

♥ kepada PLAYBOY/PLAYGIRL,
jangan katakan 'AKU CINTA PADAMU' bila kau tidak benar-benar peduli. jangan bicarakan soal cinta bila itu tidak benar-benar ada. jangan sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat untuk mempermainkannya. jangan menatap ke dalam mata seseorang bila kau lakukan untuk pembohongan. hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tak berniat langsung untuk MENERIMANYA saat ia terjatuh.

♥ kepada yang PATAH HATI,
bertahan selama kau menginginkannya akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

♥ kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI,
hal yang menyedihkan dalam hidup ialah apabila kau bertemu seseorang, lalu jatuh cinta.akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodoh dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk orang yang tidak layak. kalau sekarang dia tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tidak akan layak.
biarkan dia pergi, dan lupakan.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!

Monday, 3 October 2011

Jangan sesekali kamu


Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.
Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.
Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...
Namun..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA..


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!